Jumlah komisyen adalah bergantung kepada level setiap ejen. Terdapat 7 level ejen diperkenalkan di dalam platform dan setiap daripada level tersebut diberikan komisyen bergantung kepada jumlah peratusan keuntungan setiap level.

  • Distributor – 10% keuntungan daripada setiap jualan
  • Consultant – 15% keuntungan daripada setiap jualan
  • Senior Consultant – 22% keuntungan daripada setiap jualan
  • Pro Consultant – 24% keuntungan daripada setiap jualan
  • Assistant Unit Manager – 27% keuntungan daripada setiap jualan
  • Unit Manager – 32 % keuntungan daripada setiap jualan
  • District Manager – 35% keuntungan daripada setiap jualan

Rata – rata ejen kami berjaya mencapai ranking Senior Consultant dalam tempoh kurang daripada 2 minggu. Dan rata – rata ejen kami telah berjaya membuat personal sales sebanyak RM 2,000 dengan pulangan keuntungan sebanyak RM 440 sebulan.

Margin untung bagi produk Lulusta adalah tinggi kerana kiraan komisyen kami bergantung kepada peratus keuntungan bagi setiap level dan bukan bergantung kepada jenis produk yang dijual. Ini membantu kesemua ejen Lulusta untuk menjana pendapatan bergantung kepada pilihan produk yang serasi dengan mereka.

Kebanyakan ejen kami mampu membuat jualan ribuan ringgit sebulan dengan menjual air freshener kerana market air freshsener di Malaysia adalah besar & kurang persaingan. Manakala kebanyakan ejen kami berjaya membuat jualan scented candle sehingga mencecah RM 2,000 ke RM 3,000 ke atas disebabkan kualiti, bau, dan produk sampingan seperti burner & tealight candle sebagai “upsell product”.

Mereka juga berjaya membuat keuntungan ratusan ringgit setiap bulan kerana produk kami adalah produk “upselling” di mana kebanyakan pelanggan membeli produk lebih daripada 1 item bagi setiap tempahan.

Nota: Anggaran keuntungan RM 440 sebulan adalah merujuk kepada majoriti ejen yang berjaya mencapai level Senior Consultant setiap bulan. Keuntungan bagi level pro consultant, Assistant Unit Manager, Unit Manager & District Manager boleh mencecah kepada 4 angka ke 5 angka setiap bulan

Leave a Comment